27 Sept 2012

Pokok Tebu tumbang

Hujan lebat pada malam 25 Sept menyebabkan hampir 500 batang pokok tebu tumbang. So, terpaksalah kena tegakkan semula semua pokok tebu sebelum ia mula membengkok. Alhamdulillah, proses menegakkan semula pokok tebu selesai setelah dua hari dilakukan.

Hari ini tebang lagi 50 batang tebu untuk dihantar ke gerai air tebu.

21 Sept 2012

Jual Tebu 50 batang

Hari ini jual lagi tebu 50 batang. So, stok tebu tinggal lagi lebih kurang 250 batang. Lagi 300 batang belum cukup matang untuk dijual dan mungkin dalam bulan Disember nanti baru boleh jual.

20 Sept 2012

Hujan lebat

Semalam hujan lebat setelah lebih 3 minggu tidak ada hujan. Banyak juga rumpun tebu yang tumbang atau senget disebabkan tanah lebut dan menyebabkan kayu sokongan tidak mampu bertahan menyebabkan senget.

Tapi ok sebab semua pokok tebu telah berjaya ditegakkan semula sebelum pucuknya mula membengkok. Jika dibiarkan lebih dari 2 hari  pokok tebu yang condong, pucuknya akan mula membengkok untuk naik menegak semula.

Keadaan ini akan menyebabkan batang tebu menjadi tidak lurus dan akan menjejaskan harganya. Jadi, kenalah berusaha lebih sikit untuk nak pastikan qualiti tebu.

19 Sept 2012

Jual Tebu

Hari ini I jual 50 batang tebu kat bro jual air tebu di Sg Putat. 10 batang saiz kecil panjang 8 kaki, 10 batang saiz sederhana panjang 7 kaki, 20 batang saiz sederhana panjang 8 kaki dan 10 batang saiz sederhana panjang 9 kaki.

So, stok tebu I ada lagi kira-kira 300 batang. Kebun kat Tmn Merdeka Batu Berendam Melaka. Kalau ada sesiapa yang nak beli boleh lah sms atau call 0136306051 (aris). Sekarang ni dalam proses penanaman semula untuk stok bulan puasa tahun depan.

18 Sept 2012

Tanaman Tebu Di Melaka

Blog ini berhasrat untuk mengumpul maklumat tentang penanaman tebu di Negeri Melaka bagi memudahkan rujukan kepada pemborong / pembeli serta menyatukan semua penanam tebu sebagai one stop centre.

Justeru, kepada semua penanam yang ingin memuatkan maklumat tentang tanaman tebu di blog ini boleh email kepada tebu4melaka@gmail.com .

Semua maklumat akan dimuatkan secepat mungkin.

Wassalam.